Malaysia Dateline

Maznah calon terbaik Pakatan Harapan di DUN Ayer Limau

Puan Mazenah Baharuddin Ketua Awan kawasan Masjid Tanah, Melaka calon terbaik yang ditawarkan Pakatan Harapan untuk DUN Ayer Limau dalam pilihan raya negeri  (PRN) Melaka ini.

Beliau diberikan tanggungjawab untuk menjadi calon Pakatan Harapan (PH) oleh AMANAH di DUN Ayer Limau dalam PRN ini.

“Terima kasih atas kepercayaan AMANAH dan PH kerana memilih saya.

Selepas nama beliau diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PH di DUN Ayer Limau, Maznah bertekad memberikan yang terbaik.

Maznah masih terkejut, selepas nama beliau diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PH di DUN Ayer Limau.

“Saya cuba memberikan yang terbaik untuk PH dan AMANAH,” kata Maznah yang banyak terlibat dalam bidang kewangan ketika beliau bekerja.

Beliau yakin dengan pengalaman dalam dunia korporat dan kewangan yang ada, beliau dapat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Ayer Limau dan juga Masjid Tanah jika terpilih nanti.

“Saya banyak dalam bidang finance sejak dari awal bekerja dan kebanyakannya di Lembah Klang. Berbekalkan pengalaman luas ini saya mampu memberikan khidmat terbaik untuk kampung halaman sendiri, “katanya yang aktif dalam aktiviti pembangunan wanita dan kemasyarakatan setempat.

Maznah amat aktif ditempat beliau tinggal. Beliau adalah Pengerusi Persatuan Penduduk dan juga KRT, Taman Jati Indah, Alor Gajah tempat beliau tinggal.

Maznah antara calon-calon wanita yang dikemukakan oleh PH dalam pilihan raya negeri Melaka kali ini.

PKR mengetengah mahasiswa berumur 21 tahun, Farzana Hayani Mohd Nasir, untuk bertanding di Sungai Rambai.

DAP pula memperkenalkan muka baharu mereka iaitu Leng Chau Yen, 37, yang akan bertanding di DUN Bandar Hilir.