Malaysia Dateline

Terima kasih kerana kata saya bukan ancaman, tetapi siapa bakal PM awak, tanya Khalid kepada Johari

Calon Pakatan Harapan di Titiwangsa, Khalid Abd Samad meminta lawan beliau Datuk Johari Abdul Ghani agar menyatakan dengan jelas siapa bakal perdana menteri jika Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum kali ini.

“Saya meminta Datuk Johari nyatakan siapa sebenarnya calon PM dia.

“Ini kerana semua pemimpin Umno sebelum ini yang tak setuju dengan dia (Datuk Seri Ahmad zahid Hamidi) kena cantas.

“Adakah Datuk Johari setuju Zahid calon PM dia. Nyatakan terus terang adakah beliaun akan sokong Zahid sebagai PM,” kata Khalid dalam sidang media beliau pagi ini.

Khalid mengulas kenyataan bekas bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin bahawa mengundi beliau dalam pilihan raya ini tidak semestinya mengundi Zahid.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh itu menafikan dakwaan pembangkang bahawa satu undi yang diberi untuk dirinya di kawasan berkenaan bersamaan satu undi untuk Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri.

Khairy yang ditemui selepas pengumuman calon bagi kerusi P107 Sungai Buloh itu berkata, calon Perdana Menteri yang dipilih BN adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Satu undi untuk KJ (Khairy Jamaluddin) adalah satu undi untuk KJ di Sungai Buloh,” katanya di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah, di sini hari ini.

Sebelum ini, tiga menteri dan empat timbalan menteri kabinet Datuk Seri Ismail Sabri digugurkan dari menjadi calon pilihan raya umum kali ini.

Ia dianggap tindakan untuk memancung para penyokong Ismail walaupun beliau dikekalkan sebagai calon PM Barisan Nasional (BN).

TERIMA KASIH TIDAK ANGGAP SAYA ANCAMAN

Dalam pada itu, Khalid mengucapkan terima kasih kepada calon BN di Titiwangsa itu kerana tidak menganggap beliau sebagai ancaman.

“Terima kasih keran tidak anggap saya sebagai ancaman kerana saya nak bawa kebaikan kepada semua jadi kita boleh buat kebaikan bersama.

“Saya juga tidak lihat dia sebagai ancaman. Bahkan kalau dia menangpun nanti, saya akan bantu dia. Ini kerana kepentingan rakyat yang perlu diutamakan,” kata Khalid.

Khalid dan Johari adalah calon Parlimen Titiwangsa dalam PRU-15 ini. Turut bertanding adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) dan Dr Rosni Adam (Perikatan Nasional).