“Terima kasih Pak Su sekeluarga kerana begitu amanah dan prihatin”

“Terima kasih Pak Su sekeluarga kerana begitu amanah dan prihatin”

Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Pak Su yang menemui kembali dompet beliau selepas tenggelam dalam banjir, 6 November lalu.

Menurutnya, Pak Su bukan sahaja bertindak menyelamatkan beliau bersama Bendahari Agung AMANAH, Asmuni Awi serta tiga lagi sukarelawan apabila bot mereka naiki terbalik di Lahar Yooi, bahkan mencari sendiri dompet dan telefon miliknya yang hilang.

“Alhamdulillah tuan (sampan) yang namanya Pak Su, selamatkan kami dengan sampannya, dia sendiri cari dompet saya bila banjir sudah surut.

Faiz Fadzil turut mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Sungai Dua.

“Alhamdulillah dapat jumpa (dompet) tetapi telefon tidak dijumpai. Saya dan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Presiden AMANAH) telah mengunjungi beliau di rumahnya untuk menerima sendiri dompet itu.

“Terima kasih pada Pak Su sekeluarga kerana begitu amanah dan prihatin ambil berat insiden bot yang terbaik dan mencari barang saya yang hilang itu,” ujarnya ketika ditemubual unit Media Oren di Pusat Operasi Bencana Alam (POBA) AMANAH di Pajak Song semalam.

Konvoi operasi bantuan mangsa banjir berlepas.

Pada tengah hari 6 November lalu, bot yang mereka naiki terbalik ketika sedang menghampiri sebuah rumah untuk agihan bantuan kepada mangsa banjir.

Mereka ketika itu sempat berpaut pada bot lantaran memakai jaket keselamatan tetapi kira-kira 20 kotak bantuan yang mengandungi makanan dan barangan keperluan lain ditenggelami air.

Ditanya tentang hujan lebat yang masih berterusan di Pulau Pinang, Mujahid memberitahu POBA akan beroperasi 24 jam dengan sentiasa melihat perkembangan dari semasa ke semasa.

“Kita sentiasa pantau dan mengikuti maklumat MET (Jabatan Meteorologi Malaysia). Kita akan pastikan POBA sentiasa bersedia,” ujar Naib Presiden AMANAH itu lagi.

Petugas Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) turut mengagihkan sumbangan dari rumah ke rumah.

Paling ramai

Dalam perkembangan berkaitan, konvoi operasi bantuan mangsa banjir oleh NGO dan skuad Peduli AMANAH dari seluruh negara mulai berlepas semalam.

Dr Mujahid memberitahu bantuan berupa kelengkapan tidur dan makanan kering turut diterima daripada rakan komponen Pakatan Harapan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kami baru menerima bantuan daripada DAP Ipoh Timur yang mengirimkan kepada kita tilam, bantal dan selimut. Kami juga menerima bahan-bahan kering yang kemudian AMANAH bungkuskan untuk diagih,” ujarnya.

Beliau berkata, kontinjen dari Selangor menghantar paling ramai sukarelawan pada fasa pembersihan kediaman dan premis yang terjejas banjir.

“Pagi ini sahaja (semalam) kita sudah hantar (sukarelawan) ke enam, lima daerah mengundi bagi membantu orang kampung yang susah, orang tua, OKU untuk kita bersihkan kawasan rumah mereka.

“Kita menerima pelbagai kontinjen dari seluruh negara termasuk NGO dan parti rakan DAP, PKR. Kita terus menerima bantuan dengan paling ramai hari ini – kontinjen dari Selangor datang dengan satu bas dari MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya),” jelasnya.

Dr Mujahid turut memaklumkan POBA setiap hari menyediakan makanan untuk kira-kira 1,000 petugas selain masih mengagihkan makanan kepada mangsa banjir yang memerlukan.

6.0
OVERALL SCORE
2 user votes x 9.0