Terima kasih penjawat awam, tahniah rakyat Malaysia, kata Mohamad

Terima kasih penjawat awam, tahniah rakyat Malaysia, kata Mohamad

Perubahan aman penubuhan kerajaan Pakatan Harapan selepas Barisan Nasional dijatuhkan rakyat adalah bukti semua pihak memberi sumbangan.
Presiden AMANAH, Mohammad Sabu berkata penjawat awam adalah antara pihak utama turut memainkan peranan penting.
“Secara khusus perlu diberi ucapan terima kasih kepada penjawat awam peringkat nasional dan negeri.
“Sikap professional mereka telah menjayakan peralihan yang amat licin tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya di majlis rumah terbuka Aidilfitri AMANAH Nasional di Melaka hari ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan kerajaan negeri Melaka yang bersedia menjadi tuan rumah sambutan Hari Raya AMANAH tahun ini.
“Syabas dan tahniah rakyat Melaka,” katanya.
Majlis rumah terbuka yang turut disertai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaacob bermula jam 10 pagi.
Hampir semua aggota Majlis Pimpinan Nasional AMANAH turut sama menyambut kehadiran tetamu.
Rakyat dari seluruh lapisan bertali arus hadir di Rumah Melaka di kawasan Bukit Katil.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS