Malaysia Dateline

Kuih muih tradisi Kelantan di majlis sambutan hari raya Amanah hari ini

Terima kasih rakyat Kelantan, kata Mat Sabu di majlis raya Amanah

Bagi beliau, sudah dijangka Kelantan akan jadi tapak subur bagi parti yang berjuang untuk rakyat dan sanggup bersusah payah menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman.

Orang ramai yang memenuhi Dewan Himpunan Cina Kelantan sempena hari raya Amanah. “Kehadiran seluruh lapisan rakyat pagi ini menunjukkan kita sedang bergerak ke fasa kedua untuk mengatur langkah membentuk kemenangan,

“Usaha yang ditujukkan petugas parti ini menunjukkan jentera kita di Kelantan sudah bersiap sedia menyahut segala cabaran,” katanya ketika ditemui Malaysia Dateline pagi ini.

Sebagai parti rahmatan lil alamin katanya, tugas Amanah adalah terus bersama masyarakat dalam keadaan susah dan senang.

“Bila rakyat kesusahan sama ada akibat bencara alam atau tindakan zalim pemerintah kita akan berada di depan.

“Bila ada sedikit kemudahan kita akan berkongsi dengan orang ramai dan sambutan hari ini membuktikan ahli parti Amanah memang berkemampuan,” katanya.

Kepada yang hadir katanya, pihak Amanah mengucapkan berbannyak terima kasih.

Lim Kit Siang bersalam dengan Ahmad Awang dengan diperhatikan oleh Mohamas Sabu, Salahudin dan Husam. “Kepada yang tidak dapat hadir dan menyokong dalam segala bentuk menjayakan acara ini kita turut berterima kasih.

“Semua akan membuktikan penyertaan kita mempejuangkan Islam dan keadilan sejagat semakin diterima dan semakin ramai rakan dar sehari ke sehari,” katanya.

Dua ekor kerbau ditumbangkan untuk dibuat gulai kawah, menu utama juadah raya hari ini.