Malaysia Dateline

Terima kasih Steven Sim, Shah ditawarkan kerja gaji RM3,000 sebulan

Pasangan muda Shah dan Siti dari Kelantan yang ditemui tidur di bahu jalan di Bukit Mertajam baru-baru ini sudah ditawarkan pekerjaan dengan gaji dan elaun RM3,000 sebulan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim pernah berjanji untuk mencarikan pekerjaan buat Shah akhirnya tertunai di mana beliau telah berjaya menghadiri temuduga kerja.

Kemas dan sopan: Shah ditemani isterinya Siti hadir temuduga kerja

“Hari ini mereka sudah punya bumbung untuk berlindung, ada dapur untuk memasak dan yang penting hari ini mereka sudah punya kehidupan dan sedang membina kerjaya demi masa depan yang lebih sempurna.

“Kita sama-sama doakan semoga Tuhan murahkan rezeki kita semua,” maklum Rosly Yusof salah seorang pegawai Ahli Parlimen itu.

Baru-baru ini, Steven Sim berkongsi kisah hidup pasangan ini yang berhijrah dari Kelantan terpaksa tidur di bahu jalan kerana tiada tempat tinggal

Apatah lagi duit hasil mencari kotak serta besi buruk di kawasan tong sampah hanya cukup-cukup makan sekadar mengalas perut.

Shah yang sebelum ini mengambil upah menoreh getah dan membuat kerja kampung semasa di Kelantan

Steven Sim menyantuni mereka dan menyediakan rumah untuk pasangan ini seterusnya berjanji untuk mencarikan pekerjaan kepada Shah selain membelikan pakaian baru kepada Shah serta tudung buat Siti.