Teringin nak beli kek tapak kuda tapi mahal? Boleh guna resipi ini dan buat sahaja di rumah

Oleh MAISARAH AISYA

Mesti selalu sahaja di sosial media ‘live’ penjual kek tapak kuda, rasa meleleh air liur bila lihat inti coklat yang banyak.

Tapi biasalah video makanan sedap ini selalunya lalu bila poket tengah kering, jadi kalau nak sangat boleh cuba buat sendiri, nak inti banyak pun tak kena bayar mahal.

Resipi ini dikongsikan pengguna Facebook, Tuan Adriana Arissa di halaman Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

“Pertama kali cuba buat kek tapak kuda, Alhamdulillah menjadi! Elok gebu,” ujarnya.

Resipi kek tapak kuda

Bahan-bahan:

  • 4 Biji telur gred A atau 5 biji gred B
  • 1/2 cawan Gula castor
  • 1/2 cawan Tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar Ovellete
  • 3 sudu kecil susu tepung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 125 gram marjerin/butter (dicairkan)

Cara penyediaan:

  1. Pukul sampai gebu dan kembang semua bahan kecuali butter cair. Dah gebu dan fluffy masukkan butter cair. Kaup balik sehingga sebati.
  2. Asingkan 100 gram adunan dan masukkan 1 sudu besar serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.
  3. Simpan sikit lebihan untuk lorekkan bahagian atas.
  4. Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150 selama 25-30 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.
  5. Dah siap bakar sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula. Balut dengan menggunakan plastik cyling wrap kemas-kemas.
  6. Boleh letak filling kesukaan. Boleh letak chiller sebelum potong utk elakkan filling terlalu meleleh.

Kalau dihidang kepada tetamu semasa perayaan nanti mesti cepat habis. Selamat mencuba!

Baca juga: Tak perlu risau anak ketagih ‘hot dog’, wanita kongsi resipi sosej sihat buatan sendiri