Teringin nak makan bebola daging ala IKEA tapi jauh? Boleh cuba resipi ini, hilang ‘craving’

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang sering berkunjung ke IKEA mesti tak akan lepaskan peluang menikmati bebola daging yang juicy dan kesedapan kuahnya.

Tapi tak semua negeri di Malaysia ada IKEA jadi kalau dah craving sangat boleh cuba resipi yang dikongsi Nazri Ahmad dan dimuat naik semula oleh Salmah Muhamad di Facebook.

Resipi bebola daging ala IKEA

Bahan utama:

  • Bebola daging (jumlah terpulang kepada anda)

Cara memasak :

  • Panggang bebola daging dengan minyak zaitun.
  • Angkat dan ketepikan.

Bahan kentang putar :

  • 3 biji ubi kentang (dikupas, dipotong dan direbus empuk)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu besar susu full cream

Cara memasak :

  • Selepas kentang direbus empuk, tos dan lenyekkan ketika masih panas sehingga halus.
  • Masukkan mentega dan susu full cream. Kacau sehingga lembut dan licin.
  • Tambah garam dan serbuk lada putih secukup rasa.

Bahan-bahan sos gravy

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 ketul kiub pati daging
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1 sudu besar kicap pekat (untuk menggelapkan sos)

Cara memasak :

  • Panaskan mentega sehingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sedikit perang.
  • Masukkan air, kiub pati daging dan renehkan sebentar.
  • Masukkan susu cair, garam, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  • Renehkan sebentar sehingga kuah hampir pekat.
  • Tutup api dan tuangkan sos ke atas bebola daging.Siap untuk dihidangkan bersama kentang putar.

Selamat mencuba!

Baca juga: Dah sejuk pun rangup lagi! Ini resipi rahsia tepung goreng pisang dari peniaga 20 tahun