Teringin nak makan kek marble? Cuba resipi ini, mudah dan confirm jadi!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi mereka yang suka buat manisan mesti suka resipi kali ini, boleh buat untuk minum petang bersama teh panas.

Kek marble kampung, bahan mudah dicari malah caranya juga mudah kira resipi anti gagal yang boleh dilakukan.

Bayangkan kek lembut dimakan sambil menikmati suasana damai di kampung atau duduk di balkoni melihat pemandangan di luar.

Kek marble kampung

Kredit gambar: Rasa

Mudah dan pasti jadi, resipi ini dikongsikan menerusi laman Rasa.

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula kastor
  • 250g butter
  • 4 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder (boleh guna tepung naik sendiri juga)
  • Esen vanila
  • Serbuk koko/emulco

Cara membuat:

  1. Pukul butter dan gula sampai putih gebu.
  2. Masukkan esen vanila.
  3. Masukkan telur sebiji dan putar lagi.
  4. Masukkan tepung sikit dan putar.
  5. Ulang langkah no. 3 dan no 4 sampai habis.
  6. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian tambah serbuk koko/emulco.
  7. Sendukkan adunan (ikut cita rasa nak patern macam mana).
  8. Lorek bahagian atas kemudian hentak sedikit loyang. Guna loyang 7×7 inci.
  9. Suhu 150C @ 160C (mengikut oven masing-masing) selama 50 minit hingga 1 jam sampai masak.
  10. Sisip tepi loyang dengan pisau dan terbalikkan. Dah sejuk boleh potong dan dihidang.

Selamat mencuba.

Baca juga: Guna senduk kayu untuk elak santan pecah minyak? Ini 6 petua orang lama yang jarang kita ikut