Teringin nak makan Mee Bandung? Boleh cuba resepi ini, sedap dan cepat masak!

Oleh MAISARAH AISYA

Selalunya mee bandung ini kita beli di kedai atau dimasak ketika perayaan sahaja tapi kalau tiba-tiba craving masa tu jugalah sibuk google resepi.

Pengguna Facebook, Wafiza Amir berkongsi cara senang untuk buat mee bandung dengan cepat untuk pengguna lain.

Resipi kuah Mee Bandung

May be an image of chow mein, ramen, noodles and tofu

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
  • 1 biji bawang merah – tumbuk kasar
  • Isi udang secukupnya
  • Isi ayam secukupnya
  • Cili kisar secukupnya – jumlahnya bergantung pada kepedasan yang disukai
  • 3 sudu makan sos tomato
  • Sayur secukupnya (tomato, kubi, jagung muda, cili padi)
  • 1 jug air atau secukupnya
  • 2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 1 cawan air)
  • 3 biji telur
  • Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Mi kuning secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air panas dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Dalam periuk berlainan, panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan udang. Tumis lagi hingga masak.
  3. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili pecah minyak.
  4. Setelah cili garing, masukkan air. Kacau sebati.
  5. Seterusnya masukkan sos tomato dan juga sayur-sayuran. Biar hingga sayur lembut.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan juga serbuk perasa dengan secukupnya.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung. Sebatikan.
  8. Bila kuah sedang menggelegak kuat, pecahkan telur kemudian terus tutup api.
  9. Kuah Mee Bandung siap untuk dihidangkan bersama dengan mi kuning yang telah dicelur dengan air panas.

Mana-mana mak-mak, si bujang atau ibu mengandung yang craving, boleh cuba resipi yang dikongsi Wafiza Amir.

Baca juga: Kalau jumpa dekat pasar malam mesti beli! Wanita kongsi resepi kuih peneram