Teringin nak makan nasi beras basmathi tapi tak tahu cara masak? Ikut tip ini untuk dapatkan nasi lembut dan peroi

Oleh MAISARAH AISYA

Pasti ada masa kita mahukan makan nasi menggunakan beras basmathi tapi kalau salah masak mesti nasi jadi tak cantik.

Pengguna Facebook, Se Zemi berkongsi tips sebenar cara masak nasi menggunakan berasbasmathi di halaman ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’.

Tips masak beras basmathi

Nasi akan jadi lembut dan peroi (mudah pecah-pecah atau berderai).

SEDIAKAN BERAS

Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.

Ini adalah kerana beras ni dah di rebus terlebih dahulu dan dia jemurkan. Macam yang saya terangkan dlm artikel saya sebelum ini kenapa dan mengapa ianya di rebus dahulu dan di keringkan.

Tips penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh lah masukkan sedikit kedalam air rendaman.

Rendamkan beras adalah langkah paling utama.

NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)

Selain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.

Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak-agak macam kita perasakan garam kepada masakan yer.

Jika terlebih air nasi akan jadi lembek melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti.

Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti yer.

Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.

Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. In syaa allah tak pernah lagi mengecewakan lagi setakat ni.

Jika nak lebihkan cecair, pastikan jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras yer.

TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK

Ada tiga kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:

  • Kaedah menumis beras dahulu:

Kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan-bahan tumis di dalam periuk nasi dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibuarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.

  • Kaedah mendidihkan air ikut sukatan:

Bagi kaedah ni pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sblm masukkan beras kedalam.

  • Kaedah didih air tanpa sukatan:

Kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.

credit gambar : Nasi Masak Beryani Gum Hyderabad Se Zemi

PANTANG LARANG KETIKA MEMASAK

Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:

  • Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ni beras berada dalam keadaan rapuh.
  • Jika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap tuk proses memasak.
  • Sentiasa biarkan nasi rehat di dalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, rehatkan sebelum dikacau.
  • Kacau nasi ketika panas, tuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.
  • Kacau nasi dari sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.

TIPS MEMASAK BERAS BASMATHI, TIPS TAMBAHAN:

  • Menggunakan pewarna:

Jika korang nak gunakan pewarna contoh mcm nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sblm dikacau.

  • Minyak:

Harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan tuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dlm kategori cecair yer.

  • Elak nasi patah:

Elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni yer, terutama sekali ketika nasi dah kering.

  • Bekas penyukat:

Gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air yer.

  • Tanpa rice cooker:

Jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih bnyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.

Semoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manafaat kepada semua yer.

Credit :Chef Wans

Baca juga: Rupanya ada sebab bengkel orang Melayu susah buat duit macam bangsa lain, pemuda ini kongsi realiti sebenar