Kalau makan di medan selera pastinya ternampak pelbagai jenis lauk tapi yang sering menjadi kegemaran adalah sambal goreng garing.
Makan pula dengan nasi panas, mesti bertambah-tambah tapi sebabkan kos harga makan luar dah naik, maka kita boleh cuba resipi ini.
Pengguna Facebook, Mazlinda Zakaria berkongsi resipi kegemaran ramai di halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Cara buat sambal goreng garing
- Blend cili kering dalam 30 tangkai bersama bawang putih 7 ulas. Bawang putih lebih pun tak apa, lagi sedap dan wangi.
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis garing-garing (ikan bilis halus lagi sedap).
- Kemudian tumis bahan kisar guna minyak goreng ikan bilis td.
- Masukkan gula pasir satu sudu.
- kemudian garingkan cili dengan api sederhana, boleh masuk garam masa ni.
- Bila cili dah garing, sebelum tutup api besarkan api dan kacau sambal sampai dapat hasil garing yang kita nak. (Part ni penting untuk hasil garing tu)
- Tutup api dan tapis sekejap sampai sambal sejuk.
- Dah sejuk gaulkan ikan bilis dalam sambal….
- Kemudian tapis lagi sampai rasa habis minyak dia. Selesai.
Namun ada warganet sempat berseloroh kalau resipi ni menjadi, tak sampai dua hari boleh habis.
“Tipu la boleh tahan sebulan, dua kali hadap abis hahahaa,” komen Wan Noorizneen
“Sis, boleh tahan setahun tapi tengok sahajalah. Masalahnya boleh ke tahan, nampak tu pun tak boleh tahan terus nak makan,” tambah Hamimah.
Mana-mana mereka yang memang selalu habiskan duit demi lauk ini boleh cuba resipi dikongsi, jimat kos.
Baca juga: Daun pisang cepat layu dalam peti ais? Wanita kongsi tip, boleh tahan lebih seminggu!