Terkejut bayi hilang pukul 6 pagi, lelaki tak sangka rupanya anak kena jual, paling terkejut lepas tahu kerja siapa

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak panik apabila anak yang belum mencecah usia sebulan hilang ketika semua sedang lena tidur.

Ditambah pula dengan banyak kes penculikan dan pemerdagangan manusia, pastinya pelbagai perkara buruk terlintas di fikiran.

Menurut Tribun News, seorang bapa di Jambi, Indonesia melaporkan kes penculikan kepada pihak polis selepas mendapati anaknya itu hilang dari bilik tidur pada pukul 6 pagi.

Rupa-rupanya bayi tersebut dijual ibunya sendiri dalam platfrom Facebook kepada sepasang suami isteri tanpa pengetahuan si bapa.

Malah wanita tersebut memuat naik iklan untuk menjual anaknya sebelum bersalin lagi dan dijual pada harga RM2437.80 (8 juta Rupiah).

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jambi, Kompol Indar Wahyu Dwi memaklumkan ibu kandung bayi serta pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut telah ditahan.

Ini kerana mereka didakwa telah melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa bagi proses pengambilan anak angkat, perlu melalui keputusan mahkamah dengan mengikut saluran yang betul.

Tambahnya motif pasangan tersebut membeli anak itu kerana masih belum dikurniakan cahaya mata.

Susulan itu, wanita tersebut telah ditahan dan anaknya kini dilaporkan selamat di bawah jagaan bapa kandungnya serta keluarga.

Disebabkan masih kecil, bayi itu perlu dibawa ke balai polis setiap hari disusukan ibunya.

Baca juga: Penyewa meninggal terkurung dalam rumah, dikunci pemilik kerana tak bayar sewa