Malaysia Dateline

Terkejut, PM calonkan MP kluster mahkamah sebagai Timbalan Speaker

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang mencalonkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dipersoalkan.

Bagaimana, Ismail dapat mencalonkan ‘kluster mahkamah’ sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat, soal Ahli Parlimen Batu Gajah Sivarkumar.

Katanya, parlimen adalah simbol kemerdekaan dan sumber demokrasi bagi negara, sangat mengejut apabila Perdana Menteri dilaporkan telah mencalonkan individu yang telah didakwa di mahkamah kerana melakukan rasuah dan melanggar akta pencucian wang sebagai calon Timbalan Speaker.

“Ismail Sabri wajar meminta maaf kepada negara ketika mengemukakan Dato Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian sebagai calon untuk dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat setelah jawatan itu dibiarkan kosong berikutan peletakan jawatan oleh Dato Seri Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang.

“Pencalonan Ahmad Maslan bukan sahaja tidak baik bagi institusi Parlimen kita, tetapi juga penyerangan terbuka terhadap reputasi institusi tersebut,” katanya.

Justeru beliau menyeru kepada semua 220 Anggota Parlimen tidak untuk memilih calon dengan yang mempunyai kes tercemar, jika tidak, ia akan memalukan Parlimen termasuk semua anggota dewan.

Sebelum ini, mantan Perdana Menteri, Tan Sri Mahaddian Yassin dan parti Bersatu yang telah berjanji untuk tidak bekerjasama dengan kleptokrat.

Sebaliknya kata beliau akan memungkiri janji mereka dengan memilih Ahmad Maslan ketika usul itu muncul untuk mengundi 14 September 2021 nanti.

Katanya, seseorang yang telah didakwa di mahkamah kerana melakukan amalan rasuah dan melanggar Akta Pengubahan Wang Haram pasti akan mencemarkan reputasi Parlimen Malaysia.