Lama tidak mendengar khabar pelakon komedi Lan Pet Pet sejak dia dilaporkan telah ‘menjauhkan diri’ dari Senario tahun lalu.
Nama pelawak itu kembali menjadi bualan peminat sejak kebelakangan ini selepas Lan atau Mazlan Ahmad dikatakan bakal kembali aktif bersama Senario untuk tahun 2024.
Media melaporkan, Lan dan rakan-rakan Senario yang lain akan kembali aktif atas pemintaan tinggi daripada peminat.
Namun, rakaman temubual dia bersama salah sebuah media hiburan baru-baru ini menarik perhatian kerana penampilannya yang semakin berusia dengan rambut yang memutih.
Sedar tidak sedar, aktor yang meningkat naik sekitar tahun 90 an itu sudah semakin tua dan membuatkan ramai terkenang memori ketika pelakon itu berusaha menjadi penghibur rakyat Malaysia.
Selepas bertahun-tahun tidak membuat penampilan di kaca tv, peminat terus menunjukkan solidariti untuk terus menyokong Senario menerusi filem terbaru yang akan diterbitkan.
“Sebenarnya pengarah Ahmad Idham cabar saya dan saya sahut cabaran itu untuk kembali bersama Senario untuk projek filem terbaru Senario Legend tak lama lagi untuk tahun 2024.
“Kepada rakan-rakan Senario bersiap sedia tenaga, minda, jiwa dan hati untuk kita letupkan projek yang terbaharu ini dalam filem Senario The Legend,” katanya.
Didoakan semoga penghibur lagenda kita berjaya dengan filem terakhir mereka!
Baca juga: Telur ikan pun boleh cecah ribuan ringgit, rupanya daripada ikan ini….