Terkejut terima gaji terakhir dalam bentuk syiling, sekali majikan dedah perangai sebenar bekas pekerja

Oleh MALAYSIADATELINE

Kebanyakan anak muda zaman sekarang tidak lagi mementingkan etika kerja bila diberhentikan mulalah mengadu di media sosial.

Seorang pekerja kedai minum di Taiwan terkejut apabila menerima gaji terakhirnya sebanyak NT$6,972 (RM938) dalam bentuk syiling.

Menurut South China Morning Post (SCMP), wanita berusia 19 tahun dikenali sebagai Liu memuat naik gambar beg plastik penuh dengan wang syiling daripada majikan di Tainan.

Bagaimanapun Liu sedar ada kurang NT$20 (kira-kira RM2.69) dan majikannya berseloroh mereka memberikan ia kepada pengemis.

Tampil mempertahan diri, majikan memaklumkan ia adalah sebagai pengajaran buat Liu yang sering ponteng kerja dan tidak berkomunikasi dengan baik sesama rakan sekerja lapot TVBS News.

“Saya beritahu dia, apabila kita bekerja, kita perlu hormat orang lain dan berkomunikasi dengan baik.

“Tapi dia jawab dengan acuh tak acuh, katanya dia tak sabar sebab baru bangun tidur,” ujar majikan itu kepada TVBS News.

Malah Liu juga meminta pendahuluan gaji meskipun baru sebulan bekerja dan tidak hadir tanpa notis selama tiga hari.

Dia juga menggesa undang-undang buruh di Taiwan dikaji semula di mana pekerja perlu bertanggungjawab atas sikap mereka.

Dalam pada itu wanita tersebut mendedahkan bahawa dia menawarkan untuk menukar syiling kepada wang kertas seandainya Liu memohon maaf namun tawaran itu ditolak.

Li Xuanchang, pesuruhjaya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Biro Hal Ehwal Buruh Kerajaan Bandar Tainan memaklumkan bahawa majikan tersbeut tidak melanggar undang-undang buruh.

“Majikan tidak melambatkan pembayaran atau mengurangkan jumlahnya, jadi secara teknikalnya tiada pelanggaran undang-undang buruh.

Namun, pendekatan ini sememangnya boleh dikira sebagai tidak beretika dan tidak bertimbang rasa.

Baca juga: Pemilik bengang penyewa lelong set meja makan ribuan ringgit sebab nak rumah minimalis