Sebagai ibu bapa, siapa sahaja tidak sakit hati apabila orang luar menuduh anak tanpa usul periksa dan mengkritik berdasarkan satu cerita sahaja.
Baru-baru ini pelakon, Lan Zailan berkongsi keinginan untuk menjual keretanya untuk membeli kenderaan lebih besar.
Namun niatnya itu disalah erti dan ramai menuduh anak-anak kepada pelakon tersebut sengaja mengabaikan bapanya.
Tular pula cerita kononnya tawaran berlakon semakin berkurangnya menyebabkan dia terpaksa menjual kereta.
Namun kenyataan tersebut dibidas pelakon berusia 65 tahun itu yang mendakwa tujuan utamanya menjual dua kenderaan miliknya adalah untuk memudahkan urusan berniaga.
Memetik mStar, Lan mengakui berang dengan segelintir individu yang membuat andaian dirinya diabaikan anak-anak.
“Ada pula kata anak saya tiada ke sampai abaikan saya, netizen tu silap!
“Saya didik anak saya sehingga dewasa sampai sudah ada lapan cucu… takkan nak cakap anak bagi duit tiap-tiap bulan kena hebahkan pada netizen.
“Saya tidak didik anak saya macam itu, tapi kalau netizen nak didik anak mereka macamtu itu mereka punya fasal,” katanya seperti dipetik mStar.
Tidak perlu terlalu cepat mengkritik seseorang jika tidak mengetahui isu sebenar dan hanya mengetahui apa yang dikongsi sahaja.