Malaysia Dateline

Terlalu ikut peraturan Malaysia mungkin jadi tong sampah dunia

Kerajaan menegaskan tidak akan membiarkan Malaysia menjadi negara tong sampah dunia bagaimanapun jika kerajaan terlalu bergantung kepada peraturan dan prosedur semata-mata tidak mustahil negara akan terjerumus menjadi tong sampah dunia.

Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, dasar kerajaan itu boleh diubah bagi menamatkan lambakan sampah dalam negara dengan pelbagai kaedah antaranya kitar semula apa yang ada.

” Kitar semula apa yang kita ada.

“Kalau bergantung pada peraturan dan prosedur, negara boleh terjerumus menjadi tong sampah dunia,” tulis beliau melalui facebooknya.

Beliau difahamkan mengulas, tindakan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) membenarkan kontena dari Amerika Syarikat mengandungi barang dagangan sisa plastik jenis polietilena yang dikatakan bersih untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Tindakan itu, mengundang reaksi negatif di media sosial dengan rata-ratanya mengkritik tindakan kerajaan yang menerima sisa tersebut.

Kasa sebelum ini menjelaskan sisa plastik tersebut adalah bersih, bersifat homogenous dan memenuhi kriteria yang telah disyaratkan dalam lesen import sisa plastik (approved permit atau AP) kepada pengimport.