Entah Kementerian Pendidikan (KPM) sedar atau tidak, terlalu ramai murid Tahap 1, iaitu Tahun Satu, Dua dan Tiga gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Kelemahan mereka bermula dari Tahun 1 lagi ketika silibus tinggi dan padat hinggakan guru bagi Program Pemulihan Khas tidak menang tangan mengendalikan jumlah murid terbabit yang terlalu ramai.
Jumlah murid buta huruf bertambah ramai susulan pelaksanaan siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam memerangi pandemik Covid-19.
“Kena akui kelemahan, baru boleh pulihkan. Asyik sorok kelemahan, sampai bila tak selesai masalah”.
Itu penegasan CIKGU MOHD FADLI SALLEH semasa mendedahkan realiti ‘wabak’ buta huruf dalam kalangan murid Tahun 1. Ikuti perkongsian lanjut beliau:
“Cikgu, ni macam mana?”
“Cikgu, saya tak tahu nak buka muka surat 44”.
“Cikgu, nak tulis nombor 5 macamana?”
Gini la situasi harian bila mengajar murid tahun 1. Beratur mai depan nak tanya itu ini. Ada yang tak pandai pun lagi tulis nombor, ada yang tak pandai baca eja.
Banyak latihan Matematik perlu murid pandai membaca dan mengeja. Cikgu nak tumpu semua, tak sempat. Kelas padat sampai 38 orang sekelas.
Yang lemah baca kira, hampir separuh. Kelas pemulihan cuma sekelas. Tu pun fokus pulihkan murid-murid tahun 2 dan tahun 3 yang ramai tercicir.
Kalaulah bilangan murid dalam kelas sekitar 20 orang, senang nak tumpu pada murid. Ni kelas padat.
Kalau la kelas pemulihan ada 2-3 kelas, ramai murid berjaya dipulihkan dengan cepat. Kelas pemulihan terbukti sangat berkesan pulihkan murid yang tak kuasai 3M ni.
Kelas pemulihan biasanya 10 orang sahaja. Guru pula ada kemahiran memulihkan murid lemah. Boleh fokus dan tumpu.
Tapi sekarang, guru pemulihan pun pening. Terlalu ramai murid tak kuasai baca kira walau dah darjah 3.
Nak tunggu ada penambahan kelas pemulihan dan tambahan guru pemulihan setiap sekolah, entah bila. 10 tahun lagi pun rasanya tak mungkin jika.
Maka ibubapa tolong ajar anak-anak kat rumah juga ya. Naya kat anak-anak ketinggalan di sekolah.
Silibus tinggi dan padat. Banyak silibus perlu dihabiskan. Tak habis silibus tahun ni, tahun depan lagi naya kat budak tu. Asas tahun 1 tak ada, macamana nak ajar sambungan topik di tahun 2, 3 dan seterusnya?
Sebab tu kalau aku ada kuasa, aku suruh je semua cikgu-cikgu ajar baca dan kira. Cikgu muzik ajar baca, cikgu seni ajar kira, cikgu Sains ke, cikgu PJ ke.
10 waktu sehari, 5 waktu ajar baca. 5 waktu ajar kira. Sebulan atau maksima dua bulan settle masalah murid tak kuasai 3M ni. Lepas tu baru ajar ikut subjek dan silibus semasa.
Jika terus begini, yang dikejar tak dapat. Yang dikendong keciciran. 😢
Baca juga Cikgu kongsi soalan Matematik Darjah 1, pemegang ‘degree’ pun garu kepala nak jawab
Baca juga Netizen berang lihat pengantin lelaki pukul isteri di hadapan tetamu