Terlalu ramai jemaah hadir, masjid di Johor solat subuh 2 sesi

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau sebelum ini untuk melihat jumlah yang besar bersolat di masjid secara berjemaah adalah pada hari Jumaat namun kini waktu subuh juga sudah semakin ramai hadir.

Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn menyaksikan 12,000 jemaah hadir bagi program ‘ Semarak Subuh Johor.

Disebabkan melebihi had maka solat subuh berjemaah dilakukan dalam dua sesi berlainan bagi memastikan semua jemaah dapat solat bersama.

Hal tersebut dikongsikan menerusi Facebook ‘Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru’.

“Pada pagi ini, dianggarkan lebih 12,000 jemaah solat subuh yang hadir dalam program #semaraksubuhjohor di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn.

“Sejak penubuhan, ini adalah kali pertama solat subuh dilaksanakan dua sesi kerana terlalu ramai jemaah yang hadir. Alhamdulillah.

“Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada jemaah yang hadir, penyumbang-penyumbang dan sahabat-sahabat pempengaruh yang menjadi antara pencetus bagi program ini.

“Mudan-mudahan, segala usaha kita diberkati Allah. Semoga kita semua istiqamah menunaikan solat berjemaah di masjid.,” ujar hantaran di Facebook.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sebelum ini pelakon Alif Satar telah mengerakkan kempen solat subuh berjemaah yang mendapat sambutan ramai pihak.

Malah usaha Alif itu dipuji ramai pihak termasuk golongan pendakwah kerana mengalakkan orang ramai bersolat jemaah di masjid dan surau berhampiran mereka.

Baca juga: OKU cacat penglihatan menang juara Tilawah, terima hadiah banglo bernilai hampir setengah juta ringgit