Malaysia Dateline

Terompah, Makcik Kiah dan Lebai

Dialog pagi antara Pak Awang Lebai dan Makcik Kiah-pasangan suami isteri.

Pak Awang Lebai: Kiah, kamu nampak tak TEROMPAH KAYU saya?

Makcik Kiah: Saya dah masukkan dalam tong sampah kat dapur tu. Ingatkan saya nak buang je benda tu pagi ni. Awak masih nak guna kan lagi ke?

Pak Awang Lebai: Hei, awak ni. Mestilah saya nak gunakan lagi. Saya bukan nak guna buat pergi market. Saya hanya nak guna buat pergi TANDAS je. Itu pun je KEPERLUANNYA dan KEGUNAANNYA! Selain tu dah tak ada guna dah. Awak mana tahu.. sekarang ni nilai terompah ni mahal tau ..walapun hanya nak digunakan masa nak pergi TANDAS je!

Terpegun dengan hujah dan dalil suaminya, Makcik Kiah tiba-tiba tercakap omputeh “I see, no wonder lah the terompah needs the toilet and the toilet needs the terompah!”