Malaysia Dateline

Terpaksa heret mak terlantar ke bank nak buat kad baru – Netizen persoal di mana belas kasihan pegawai bank?

Seorang anak menzahirkan rasa sedih apabila terpaksa mengheret ibu yang terlantar ke sebuah bank untuk menukar kad bank yang sudah tamat tempoh.

Klip video di TikTok yang dikongsi si anak Nur Hatini mengundang rasa hiba dalam kalangan netizen serta mempersoalkan di mana belas kasihan pegawai bank terbabit kepada ibu yang terlantar.

Sebelum menyewa van ambulan bagi membawa maknya ke bank di Gurun itu, beliau pada awalnya telah mengubungi pihak bank untuk mengetahui macam mana prosedur bagi pesakit lumpuh menukarkan kad bank.

Namun beliau terkedu apabila menerima jawapan daripada pegawai bank mengatakan tiada cara lain melainkan membawa ibunya ke bank berkenaan.

Jelas wanita ini lagi, dia terpaksa menggunakan khidmat ambulans St John sebab tak mampu bawa ibu menggunakan kereta disebabkan keadaan ibunya yang tak boleh duduk.

Tambahnya, dia perlu mengeluarkan kos sendiri menyewa khidmat ambulans demi menukar kad di bank.

Dia berasa sungguh kecewa dengan tindakan pihak bank yang seolah-olah tidak bertimbang rasa.

Menjelaskan dengan lanjut, ibunya adalah penerima pencen dan duit itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain bagi pesakit bedridden.

Terpaksa heret mak terlantar ke bank nak buat kad baru-Netizen persoal di mana belas ehsan pegawai bank?

Rata-rata netizen menyifatkan pegawai bank berkenaan tidak ada simpati terhadap ibu wanita terbabit.

Malah ada memberi komen khidmat pegawai bank yang lain boleh memberi kerjasama dengan datang ke rumah pesakit untuk urusan perbaharui kad bank tanpa perlu membawa pesakit lumpuh ke bank.

Di dalam video itu kelihatan seorang ‘attendance ambulance’ menolak katil pesakit ke Public Bank di Gurun Kedah.

Baca juga: Menteri Agama sahkan wanita pakai ihram sudah pulang tapi tak dapat kesan di mana dia sekarang

Baca juga: Dakwa hutang RM4,000 belum langsai, Shahir tak larikan diri bakal bincang cara baik