Malaysia Dateline

Terpaksa tahan sakit gara-gara jari tersepit pada tingkap kereta api

Sekali atau dua kali seumur hidup, pasti kita akan terkena situasi jari tangan atau kaki kita tersepit di mana-mana kan?

Sakitnya memang tak boleh bawa bincang, kadang sampai merah muka tahan sakit.

Tapi bagaimana pula dengan seorang wanita ini? Baru-baru ini sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik cemas dialami seorang wanita apabila jarinya tersepit pada tingkap kereta api.

Menurut Laman berita Detik, video yang dimuat naik semalam itu menunjukkan situasi jari wanita berkenaan gagal dilepaskan setelah tersepit di tingkap.

Dua pegawai kereta api komuter (KRL) dilihat cuba membantu wanita itu mengeluarkan jarinya dan pada masa sama, beberapa wanita lain dilihat turut memenuhi lokasi kejadian.

Pengurus Perhubungan Luar dan Penjagaan Imej KAI Commuter, Leza Arlan berkata, kejadian itu berlaku Khamis lalu di dalam sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Duri menuju ke Tangerang.

“Jari manis tangan kiri penumpang yang memakai cincin tersepit di antara pemegang tirai tingkap komuter,” kata Leza.

Selepas kakitangan berjaya membantu wanita tersebut, perjalanan kereta api berkenaan diteruskan.

Baca juga: ‘Tu kalau mengantuk boleh buat bantal’ – Netizen terhibur bapa beli span besar suruh anak berjimat

Baca juga: Anwar pengerusi mesyuarat khas Kabinet pertama pagi ini