‘Terpaling Jepun’, pemuda ditegur staf makan sushi guna tangan

Oleh KIM SYAZIE

Sudah menjadi kebiasaan untuk makan menggunakan chopstick atau penyepit di sesetengah negara Asia.

Namun tidaklah sampai ia menjadi penghalang bagi orang yang tidak reti menggunakan penyepit untuk menikmati makanan negara mereka.

Tular di TikTok, satu pasangan yang sedang merakam dirinya makan sushi di sebuah kedai makan di Indonesia.

@enjoybatam

Jujur pertama kali dapet pengalaman gini , kalau kalian diginiin gimana ? Yuk sipaling jepang saatnya keluar dong kita edukasi bareng. #sushi #enjoybatam #japan #batam #sushijapan

♬ suara asli – 𝐄𝐍𝐉𝐎𝐘 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐌 – 𝐄𝐍𝐉𝐎𝐘 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐌

Hanya kerana tidak menggunakan penyepit, mereka ditegur secara terbuka untuk tidak guna tangan kerana tradisi Jepun.

Walhal hanya gerai di tempat terbuka bukannya di kedai mewah ditemani lampu chandelier sekalipun.

Warganet malah memberitahu bahawa tidak ada salah makan sushi menggunakan tangan.

“Dekat Sushi King pun aku makan guna tangan. Terlalu Jepun bang.

“Kalau lihat di Google, boleh sahaja makan guna tangan, mungkin restoran kena semak balik.

“Sushi itu setahu saya cara makan tradisonal boleh menggunakan tangan, guna ibu jari dan jari tengah untuk dijadikan penyepit,” antara komen warganet.

Makan sudah dibayar, tidak ada salahnya pelanggan mahu makan dengan apa cara sekalipun asalkan tidak menggangu orang lain.

Baca juga: Bawa staf lawat banglo mewah, sayu dengar Yusof Haslam asyik sebut nama Syamsul