Bagi yang berniaga pastinya tahu ada masa untung dan ada kalanya rugi tapi kalau beribu-ribu ringgit rugi disebabkan penipuan mestinya ia beri impak.
Seorang peniaga tidak menyangka dia akan rugi RM140,000 selepas diperdaya pelanggan yang membeli dua utas jam tangan jenama Rolex menggunakan cek tendang.
Kejadian yang berlaku Isnin lalu itu dikatakan bermula apabila mangsa lelaki mengiklankan jam tangan berjenama untuk dijual pada harga RM88,000 menerusi Facebook pada 27 Oktober lalu.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata mangsa menerima mesek daripada suspek yang dipercayai lelaki.
Perbualan tersebut kemudian dilanjutkan menerusi WhatsApps apabila ‘pelanggan’ itu menunjukkan minat untuk beli jam tangan tersebut.
“Suspek menyatakan hasrat untuk membeli jam tangan terbabit dan mangsa kemudian menawarkan seutas lagi jam tangan berjenama untuk dijual pada harga RM52,000 kepada suspek.
“Suspek bersetuju untuk membeli kedua-dua jam tangan terbabit dengan keseluruhan bernilai RM140,000 dan bayaran akan buat ke dalam akaun mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada 4 November lalu, mangsa mendakwa dia menerima mesej daripada suspek yang memaklumkan bayaran diminta sudah dibuat menerusi mesin cek deposit.
“Mangsa membuat semakan dan mendapati jumlah dinyatakan ada dalam akaunnya.
“Suspek kemudian meminta mangsa menghantar jam tangan terbabit menerusi syarikat kurier.
“Pada keesokan hari, mangsa mendapati wang berjumlah RM140,000 dalam akaunnya sudah hilang dan cek yang digunakan suspek untuk membuat bayaran adalah cek tendang.
Disebabkan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Baca juga: Cik Epal gesa LHDN siasat perniagaan pizza bekas suaminya