Apabila terlalu penat maka ramai yang memilih untuk tidur sebentar di dalam kereta sebelum meneruskan semula perjalanan.
Namun jika anda tersalah parkir kereta anda, maka jangan terkejut jika kereta dikerumuni seperti wanita ini.
Kejadian yang berlaku November tahun lepas pastinya menjadi satu momen yang bakal diingati sampai bila-bila oleh wanita, Irene Aprillia (@areneaprillia).
Irene pasti terkejut melihat keretanya dikerumuni jemaah ketika waktu solat Jumaat selepas terbangun daripada tidur lapor liputan6.com.
Rakaman video itu memaparkan momen lucu dan wanita itu memuat naik video dengan kapsyen tertera `terlelap dalam kereta dan terjaga ketika solat Jumaat’.
“Apabila saya tersedar, saya terkejut melihat kereta saya dikelilingi jemaah sedang bersolat.
“Saya ingat saya parkir di tempat letak kenderaan kerana kereta terletak betul-betul di hadapan deretan motosikal yang juga diletakkan,” katanya.
Lepas ini perhatikan betul-betul parkir anda sebelum merehatkan mata, bimbang juga disolatkan walaupun masih hidup.
Baca juga: Label hotel bajet sebagai tempat buat maksiat, wanita berang ada yang ‘normalise’ zina