Malaysia Dateline

Tertidur masa tengah cuba tilam baru, lelaki ini terus beli tilam berharga RM12,000 lepas terbangun

Seorang lelaki di Zhejiang, China, baru-baru ini telah pergi ke sebuah pusat membeli-belah untuk membeli tilam baharu.

Untuk memastikan dia memilih tilam yang betul, lelaki itu memutuskan untuk mengujinya dengan berbaring di atasnya.

Dari gambar yang dikongsikan portal mothership.sg, pemuda berkenaan benar-benar menguji katil tersebut sehingga terlena di kedai berkenaan.

Gelagatnya mencuba-cuba tilam yang dijual di kedai tersebut telah dirakam oleh pekerja kedai.

Yang bagusnya, kakitangan kedai itu juga dikatakan mematikan lampu di kawasan tilam itu untuk membiarkan lelaki berkenaan tidur.

Lebih melucukan, ketika lelaki berkenaan tersedar dari tidur, dia terus memutuskan untuk membeli set tilam berkenaan.

Lelaki itu membeli tilam yang berharga 19,000 Yuan atau sekitar RM12,400.