Terubat hati mak ayah..Bapa kesat air mata lihat personaliti TV3 persis arwah anak, mak sampai peluk tak nak lepas

Oleh KIM SYAZIE

Kejutan yang mengubat hati kecil orang tua. Begitulah boleh diperkatakan dengan perkongsian seorang pengguna TikTok ini yang mengundang air mata warga maya.

Menerusi video dimuat naik @qieylaadnan, dia memberitahu pemergian anak sulung, Mohd Afiq Adnan dua tahun lalu mengakibatkan kerinduan yang tidak berpenghujung kepada kedua-dua orang tuanya.

Demi mengubati duka di hati ibu dan ayah, dia membuat kejutan kepada dengan mengundang personaliti TV3, Muhammed Ahmad Hamdan seiras dengan arwah abang sulungnya yang telah meninggal dunia.

“Alhamdulillah hari ini rezeki dia datang sebagai tetamu istimewa kami. Along, ini yang kami mampu buat untuk mak dan ayah tersenyum kembali.

“Hari paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah,” tulisnya di TikTok.Pertama kali menatap penyampai berita dan pengacara Money Matters itu, ibunya terkejut, sebak dan memeluk Muhammed.

“Mak peluk seolah-olah tak nak lepas langsung.

“Ayah orang yang paling susah menangis juga menitiskan air mata. Dia (Muhammed) dan ibunya sangat baik,” tulisnya.

@qielaadnan

Hari paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah. Terima kasih @Muhammed Ahmad Hamdan 🤍 #capcut #foryoupage #fyp #foryou #fypシ

♬ original sound – Qieylaa – Qieylaa

Menurut salah seorang adik-beradik itu, difahamkan Qieyla telah menghantar pesanan ke TikTok personaliti berkenaan untuk menjemputnya ke rumah selepas genap dua tahun pemergian abang mereka.

Biarpun pertemuan yang singkat, kerinduan ahli keluarga itu terubat.Bapa kepada arwah meluahkan kesedihan dan tidak dapat menahan sebak.

“Saya ayah kepada Qieyla. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu kerana ini semua planning anak-anak. Saya yang memang keras hati ini pun tak dapat menahan sebak.” luahnya.

Dalam pada itu, pemilik akaun tersebut sempat memuji keperibadian Muhammed dan berharap agar hubungan silaturahim mereka terus berkekalan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan kesedihan menyaksikan kejutan diterima kedua-dua warga emas itu bertemu dengan lelaki persis anak mereka yang sudah tiada.

Ujar mereka:– “Kak sebaldi airmata saya…”– “Hikmah Allah menciptakan tujuh orang yang seiras dengan kita.”–

“Rindu kepada yang telah tiada memang menyakitkan. Terima kasih @amadhamdan mengubati kerinduan mak ayah arwah.”

“Memang ada iras, aku pula yang menangis beria-ia.”

Baca juga: Terkejut bila tahu rakyat Indonesia dilarang tonton Upin Ipin, rupanya ini puncanya