Malaysia Dateline

Teruja pelakon Squid Game ucap ‘good luck’ pada Malaysia

Agaknya disebabkan rakyat Malaysia kerap menyamakan seorang pelakon popular Squid Game dengan wajah Pengurus Skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon, perkara itu telah berjaya menarik perhatian pelakon Korea tersebut.

Baru-baru ini, pelakon drama bersiri popular Squid Game, Hae Sung-tae dilihat memuat naik story Instagram dengan wajah dirinya disunting bersebelahan dengan Kim Pan-gon.

Apa yang lebih menarik, kapsyen yang disertakan turut mengundang keterujaan rakyat Malaysia apabila pelakon berkenaan mengucapkan “Selamat Maju Jaya Malaysia”.

Sebelum ini ramai yang kerap menyamakan wajah Kim Pan-gon dengan wajah Hae Sung-tae dan berseloroh seolah-olah mereka mempunyai talian adik beradik

Kedua-dua figura ini merupakan warga Korea Selatan yang terkenal dalam bidang masing-masing.

Drama bersiri popular Netflix, Squid Game disahkan bakal bersambung untuk musim ke-2 dan dijangka bakal menemui peminat di Netflix akhir tahun 2023 atau awal 2024.