Teruk dikecam, peniaga donut susu ‘berayaq’ mohon maaf, tukar nama kepada ‘Bertanah’

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu akan video tular seorang peniaga donut susu yang menggunakan tagline kurang sopan di media sosial.

Disebabkan itu ramai mula mengecam dan menasihati peniaga tersebut untuk berniaga menggunakan teknik pemasaran yang betul.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, menerusi akaun TikTok Aulaida, peniaga tersebut tampil memohon maaf.

“Kami menerima segala teguran dari kalian, dan nama kedua-dua akau kami telah bertukar kepada (BERTANAH).

“Untuk pengetahuan semua ‘berayaq’ bermaksud doh kami yang cair dan bila makan donut cair did alam mulut dan jet itu adalah bermaksud terajang (tendang).

“Cirit itu bukanlah tagline dari kami, dan video yang telah tular baru-baru ini bukanlah idea daripada kami untuk bercakap tentang perkara itu,” ujarnya dalam hantaran di TikTok.

Pada masa sama dia memaklumkan bahawa segala aksi yang dilakukan adalah diarahkan oleh orang lain dan mereka hanya melakonkan ia.

“Kami hanya melakonkan apa yang diarahkan, semoga menjawab semua persoalan, kami memohon maaf andai video kami ada disalah tafsir.

“Hanya Allah maha pemberi rezeki. Kami memaafkan semua yang komen menghina kami, InsyaAllah kami akan perbaiki segala kelemahan,” ujarnya di TikTok.

Bagaimanapun ruangan komen akaun TikTok itu ditutup namun menerima 13k tanda suka dan lebih 500k jumlah tontonan.

Baca juga: Guna marketing jijik, tagline ‘berayaq’ dengan riak muka untuk promosi makanan dikecam netizen