Setiap keluarga pasti ada rahsia hitam tersembunyi apatah lagi melibatkan aib yang boleh menjatuhkan maruah.
Tapi sebagai ibu bapa jangan terlalu cepat menghukum anak, bimbang bila terbongkar hal sebenar baru menyesal tak sudah.
Seorang pemuda, Halim (bukan nama sebenar) mengimbau kenangan hitam yang dialaminya mak ciknya sendiri selepas dirogol tanpa sedar hingga mengandung.
Di bawah adalah luahan yang dikongsi di portal luahan perasaan atas talian.
Apa yang aku kongsi ni tak dapat dikongsi secara detail lebih kepada apa yang aku rasa sesuai dikongsi.
Mak aku ada lapan orang adik beradik, mak aku ni anak nombor lima, adik beradik diorang pula empat lelaki dan empat perempuan.
Aku ada seorang makcik, anak bongsu dalam keluarga mak aku. Dia ni ada seorang anak perempuan aku selalu panggil ‘Kak Sal’, Kak Sal ni lima tahun lagi tua dari aku.
Seingat aku memang dari kecik Kak Sal ni tak ada ayah dia cuma hidup berdua dengan makcik aku.
Hidup pun diorang ni jauh dari saudara mara lain tapi agak dekat dengan rumah aku dalam satu jam perjalanan.
Jadi selalunya memang setiap minggu aku dengan mak datang melawat makcik aku dengan Kak Sal.
Aku pernah lah waktu kecik terlepas cakap tanya mana ayah Kak Sal? Mak cik aku cakap ayah dia dah meninggaI waktu Kak Sal kecil lagi.
Tapi mak aku waktu tu marah teruk dekat aku ye sampai kena pulas telinga, menangis aku. Nasib mak cik aku ambil aku dan cakap tak apa sebab budak lagi.
Aku rapat dengan saudara mara beIah ayah aku. Saudara beIah mak aku ni, pada aku huru hara sebab semua macam terputus hubungan, semua kalau boleh macam nak elak dari berjumpa antara satu sama lain.
Padahal nenek dengan atuk aku masih hidup ye sampai sekarang ni. Setiap kali nak balik kampung pula, mak aku akan cakap balik kampung ayah.
2023 ni umur aku dah 28 tahun. Boleh kira berapa kali aku balik kampung mak aku. Dalam tiga atau empat kali. Yang aku rapat cuma dengan makcik aku dan Kak Sal itu sahaja.
Masuk tahun 2020 tengah pandemik, aku yang asalnya duduk negeri lain balik rumah lagipun wfh duduk dengan mak ayah dan adik aku sebab risau.
Tengah pkp pertama yang tengah ketat giIa nak ke mana kena ada alasan dan dokumen yang penting.
Mak cik aku cakap, dia nak minta tolong dekat sini, nak ke sana ke mari susah dan lagi satu dia dekat kawasan border daerah lain.
Kena pula mak cik aku dengan Kak Sal ni diorang tak ada kenderaan macam kereta cuma motor dan itupun bagi diorang cukup lah.
Memang hidup sederhana, makan sikit tapi sebab pkp jadi payah dan terhad. Mak pun cakap dekat aku pergi sana tolong mak cik dengan Kak Sal.
Aku sebenarnya macam menolak jugak sebab aku nak kena minta dan sediakan banyak dokumen untuk rentas banyak daerah.
Jadi mak aku sambil menangis ni dia cerita dekat aku yang sejujurnya bila aku dengar pun menangis sekali.
Terbongkar kisah hitam
Mak cik aku masa tu umur dia 16 tahun, disahkan mengandung. Bila balik dari check doktor, habis mak cik aku kena balun teruk dengan atuk dan nenek aku.
Tapi dia sebolehnya mengaku cakap selama ni dia tak pernah buat hubungan tersebut dengan mana-mana lelaki.
Mak aku cakap dia dengan adik beradik lain merayu jangan pukuI sebab muka mak cik pun sampai berdarah. Akhirnya lepas hampir sebulan diseksa dan makcik masih tak mengaku.
Atuk dan nenek aku hantar makcik ni duduk jauh. Suruh dia lahirkan anak tersebut dan duduklah sendiri dekat sana besarkan anak.
Mak aku pun tawar diri untuk teman dan jagakan mak cik aku. Akhirnya anak tersebut dilahirkan. Bila anak tu umur dah 10 tahun waktu ni umur aku baru lima tahun.
Suami mak long letak ubat tidur
Suami mak long aku, dia waktu ni sakit, sakit yang teruk nak bergerak susah tapi bercakap boleh.
Yang saksi waktu tu atuk, nenek, mak dan ayah aku, dan lagi dua orang saudara lain. Suami mak long aku dia menangis cakap dia yang ‘buat’ makcik aku sampai mengandung.
Dia cakap bila mak cik aku balik sekolah dia bagi air letak ‘ubat’ dalam tu. Waktu tu rumah tak ada orang.
Mak cik aku waktu ni dia salah seorang boleh dikatakan atlet sebab aktif sukan. Jadi dara dia mungkin dah koyak waktu bersukan jadi tak ada darah.
Mak aku cakap suami mak long aku tu menangis atas tilam. Ayah aku pula cerita mak aku cekik suami mak long aku tu sampai nak separuh mati geram punya pasal.
Akhirnya tak sampai sebulan meninggaI suami mak long aku. Mak aku pun dia cerita kan dekat mak cik aku. Sebab benda ni dia kena tahu.
Mak aku cakap mak cik aku tak ada response apa pun waktu tu setakat diam je.
Cuma mak cik aku cakap dia kalau boleh tak nak jumpa langsung mak dan ayah dia serta saudara mara dia yang lain cukuplah mak aku sorang.
Aku ada tanya kenapa makcik aku tak kasi Kak Sal sambung belajar dan kerja. Sebab SPM Kak Sal ni pada aku boleh tahan cemerlang ye walaupun tak straight A.
Tapi Kak Sal aku cuma jawab dia lagi tenang hidup dengan makcik aku dari hidup jauh. Jadi diorang ni anak beranak kerja mana mampu makan mana cukup asalkan kenyang .
Aku setiap hari macam terfikir agaknya macam mana makcik aku lalui benda ni setiap hari. Bayangkan umur dia 16 tahun sekarang ni dah masuk 50 an.
Dia tak nikmati langsung zaman remaja, zaman dewasa tak ada semua benda tu. Cuma sengsara.
Aku pernah tanya “maksu okay tak, kalau ada apa-apa kasitahu” makcik aku cuma cakap, “maksu pun dah tua jang hidup pun dah tak lama.”
Aku bila tulis ni aku rasa macam ramai dekat luar sana yang kita tak tahu siapa, pun ada menderita macam makcik aku dan Kak Sal. Sakitnya aku sendiri pun tak boleh bayang.
Baca juga: Sementara tunggu gaji suami, wanita kongsi kisah sedih, terpaksa bagi 3 anak makan nasi kosong