“Teruknya geng pembangkang mainkan naratif fitnah” – Pemuda kongsi al-Quran dah dibawa keluar sebelum surau dirobohkan

Oleh MAISARAH AISYA

Tular baru-baru ini mengenai pihak pembangkang yang menggunakan isu konon-kononnya masih ada al-Quran semasa perobohan surau Kampong Sri Makmur, Gombak.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang pemimpin pembangkang memaklumkan penduduk terpaksa bergotong-royong mengutip kitab suci disebalik timbunan runtuhan.

Pejabat Daerah dan Tanah Gombak tampil mengeluarkan kenytaan bahawa semua naskhah al-Quran dan ayat serta kalimah suci sudah dipindahkan ke tempat lebih selamat

“Anggota penguatkuasa yang bertugas sentiasa mengikut prosedur serta tatacara kerja yang berkuatkuasa dan dipantau oleh pegawai yang bertugas untuk memastikan keseluruhan struktur yang terlibat dengan operasi termasuk Surau untuk dikosongkan sepenuhnya.

“Barang-barangan, naskah Al-Quran, Ayat dan Kalimah Suci atau apa jua bahan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran telah dialihkan ke tempat yang selamat,” jelas kenyataan tersebut.

Perkara itu turut dikongsi pengguna X yang menyelar tindakan pihak pembangkang memainkan isu sensitif ini.

“Bukti-bukti al-Quran dan keseluruhan barangan dalam Surau Sri Makmur telah dibawa keluar sebelum kerja-kerja perobohan dijalankan.

“Teruknya geng-geng pembangkang mainkan naratif fitnah. Semoga Allah menghukum kamu,” ujar pengguna tersebut.

Rata-rata netizen turut tidak menyenangi taktik yang dilakukan pihak pembangkang yang dilihat keterlaluan.

“Kira pihak PKNS dah boleh hidu taktik ni siap ambil gambar sebagai bukti dan di simpan jika ada pihak yang menuduh boleh terus keluarkan bukti.

“JAKIM dan PDRM dah boleh kot buat siasatan. Dah macam zionis perangai buat lakon layar guna bahan agama. Nasib baik ada gambar sebelum.

“Aku harap pihak berwajib saman terus pihak-pihak yang buat dakwaan palsu sebelum ni termasuk YB kawasan tersebut,” antara komen netizen.

Baca juga: 6 wakil rakyat Bersatu sokong PM kini sah dilucutkan jawatan