Malaysia Dateline

Terus junjung institusi Parlimen, kata Anwar

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap institusi Parlimen terus utuh dan dijunjung sebagai antara elemen penting demokrasi berparlimen di negara ini.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian melalui Facebook rasminya hari ini selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 di Parlimen.

“Hari ini hadir ke Parlimen bagi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang dirasmikan Yang di-Pertuan Agong.

“Semoga institusi Parlimen terus utuh dan dijunjung sebagai antara elemen penting demokrasi berparlimen dan negara hukum,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Persidangan Parlimen buat pertama kali di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu disempurnakan perasmian istiadatnya oleh Yang di-Pertuan Agong.