Malaysia Dateline

Terus menyusut 14,345 kes, Sarawak kekal tertinggi

Sebanyak 14,345 kes Covid-19 direkodkan hari ini berbanding 14,954 kes semalam.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah 2,112,175 kes.

Tujuh negeri mencatatkan angka kes baharu empat angka dengan Sarawak kekal di carta teratas 3,611 kes.

Sementara itu, Perlis dan Putrajaya merekodkan jangkitan baharu dua angka iaitu masing-masing 51 dan 11 kes.

Dalam tempoh 24 jam juga, tiada kes baharu Covid-19 dikesan di Labuan.

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Sarawak – 3,611 (183,399)
Johor – 1,598 (180,379)
Selangor – 1,365 (659,674)
Sabah – 1,255 (186,832)
Pulau Pinang – 1,170 (119,956)
Perak – 1,090 (92,170)
Kelantan – 1,050 (103,419)
Kedah – 967 (126,758)
Terengganu – 804 (48,744)
Pahang – 779 (57,696)
WPKL – 307 (183,171)
Melaka – 162 (55,156)
Negeri Sembilan – 125 (95,756)
Perlis – 51 (3,251)
WP Putrajaya – 11 (5,892)
WP Labuan – 0 (9,922)