Malaysia Dateline

Terus semangat nak belajar, guru ini ‘make over’ bilik darjah seperti kafe hipster yang ‘aesthetic’

Suasana di dalam bilik darjah antara faktor utama yang mempengaruhi semangat pelajar untuk belajar, jadi tidak hairanlah ada saja aktiviti menceriakan bilik darjah seperti guru ini telah ‘make over’ bilik darjah serupa kafe hipster dan ‘aesthetic’

Berkonsepkan warna putih yang menyerlahkan lagi ruang dan suasana di dalam bilik darjah sekali gus ia memberi inspirasi baru kepada anak murid.

Cikgu ini cetus semangat belajar'make over' bilik darjah macam kafe hipster, 'aesthetic'

Konsep putih yang diketengahkan membuatkan suasana kelas menjadi tenang, luas dan bersih.

Cikgu ini melalui perkongsiannya di Facebook Ross Mohd telah ‘make over’ kelas Bahasa Inggeris seperti sebuah kafe hispter atau seperti ruang berkonsepkan English Style.

Perkongsian beliau mendapat perhatian netizen sehingga dikongsi lebih 2.9k perkongsian, di mana rata-rata menzahirkan rasa semangat berkobar-kobar untuk belajar.

Cikgu ini cetus semangat belajar'make over' bilik darjah macam kafe hipster, 'aesthetic'

“Alhamdulillah.. selesai semuanya.. make over English Room untuk keselesaan anakianak didik.. Hope semua happy with the new look.

“TQ untuk semua guru Bahasa Inggeris” tulis beliau.

Rata-rata netizen yang kebanyakkan ibu bapa memuji langkah proaktif cikgu ini untuk menarik minat pelajar belajar kelas Bahasa Inggerisnya.

“MasyaAllah cantiknya, kalau mcm ni parent pun rasa nak sambung belajar balik,” komen Syafira Fi.

“lawnya mcm ni. sy suka colour white mcm ni. kalau mcm ni hari2 nak pi skolah,”Sha Mime

“Aestheticnyaaa tenang je nak belajar macam ni,” kata GomdoriBake ByNajwa.

Perkongsian guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian mendapat lebih 1000 komen yang kebanyakkan memuji dan bertanya perbelanjaan yang dikeluarkan.

Beliau juga berkongsi link di platform beli belah secara online kepada mereka yang bertanya setiap kos barang yang dibeli bagi menyiapkan bilik darjah itu.

Baca juga: Kerapu RM190 dua ekor, pelanggan tanya restoran di Port Dickson ni memang harga VVIP ke?

Baca juga: Sambutan Hari Kemerdekaan India gah, kibar bendera pada ketinggian 30km atas bumi