Malaysia Dateline

Terus usaha jadi parti berprinsip, bermaruah, kata SUA Bersatu

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhasrat memastikan perjalanan pentadbiran parti itu dilaksanakan selaras dengan pucuk pimpinan untuk menjadikan sebuah parti yang berprinsip dan bermaruah.

Setiausaha Agung Datuk Marzuki Yahya berkata, menyedari Bersatu sebagai sebuah parti baharu langkah untuk memperkasakan parti akan giat dilaksanakan di setiap peringkat.

“Bersatu parti masih muda dan banyak usaha harus dilakukan demi memastikan perjalan pentadbiran dapat dilaksana selaras pucuk pimpinan untuk jadikan parti ini berprinsip dan bermaruah.

“Langkah pertama yang perlu diambil untuk perkasakan pentadbiran di setiap peringkat bahagian negeri dan cawangan,” ujarnya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan kali ke 2 yang berlansung malam ini.

Beliau turut berkata sejak Bersatu ditubuhkan parti itu kini mempunyai sejumlah 165 bahagian ditubuhkan secara rasmi seluruh negara.

Justeru katanya kebanyakan ahli tidak berpengalaman di dalam politik oleh itu keperluan untuk menganjurkan latihan dikalangan ahli perlu dilaksanakan.

“Kita akan anjurkan latihan menyedari ramai dikalangan kita ini baru dalam bidang politik.

“Dalam masa sama kita juga telah menambah baik sistem keahlian yang lebih efisen bagi memudahkan pendaftaran keahlian dan semakan dilakukan.

“Hari ini sejumlah 165 bahagian ditubuhkan secara rasmi di seluruh negara.yang disahkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan berbanding 137 bahagian tahun lepas,” ujarnya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu ini juga berkata,  amat penting parti mendengar suara akar umbi. Justeru Bersatu akan terus menubuhkan cawangan di setiap bahagian.

Katanya,  dalam tempoh 5 bulan Bersatu berjaya menubuhkan 126 cawangan mengikut PDM.

“Sasaran yang disasarkan sebnayak 697 cawangan mengikut PDM akan kita gerakkan selepas ini.

“Saya mohon selepas perhimpunan agung semua barisan jawatankuasaka bahagian laksanakan tugas dan tangungjawab ini,” ujarnya.

Beliau turut mengumumkan jumlah perwakilan yang hadir sebanyak 1,210 perwakilan daripada sejumlah 1,359 notis yang dikeluarkan mengikut peraturan persidangan.

Beliau turut mengumumkan pelantikan pelantikan Pengerusi Tetap persidangan Datuk Mohd Shariff Omar.

Turut hadir dalam persidangan tahunan bersatu dikalangan pemimpin utama Pakatan Harapan  antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden DAP M Kulasegaran dan Naib Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd Yunos,

Selain 60 buah delegasi asing, 30 pemerhati dan 300 pengamal media dari dalam dan luar negara.

Datuk Mohd Shariff  Omar mengangkat sumpah sebagai Pengerusi Tetap dalam persidangan diadakan.