Malaysia Dateline

Teruskan dasar Kerajaan PH, kata Pertubuhan Pertolongan Wanita

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa agar Kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk akan meneruskan dasar-dasar berkaitan wanita yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Menurut Pegawai Advokasi dan Komunikasi Tan Heang-Lee, ia merangkumi Akta Gangguan Seksual dan Akta Kesamarataan Gender, pengenalan tujuh hari cuti paterniti, peruntukan anti-diskriminasi dalam Akta Kerja dan pengubalan undang-undang anti-menghendap.

“Kerajaan PH telah mengambil inisiatif memperkenalkan pelbagai perubahan yang dirancang dan hampir dibentangkan di Parlimen.

“Maka, Kabinet baru ini perlu memaklumkan kepada kita rancangan mereka untuk menyambung usaha-usaha ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Kuching hari ini.

Heang berkata, WAO kecewa apabila komposisi kabinet persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya dianggotai kira-kira 15.6 peratus wanita sebagai menteri.