Malaysia Dateline

Tetap utamakan pelanggan, si abang yang letih minta tolong adik hantarkan makanan

Aksi seorang abang meminta tolong kepada adiknya untuk menghantar makanan kepada pelanggan menarik perhatian warga maya.

Sikapnya yang bertanggungjawab meskipun dikatakan mendapat kemalangan mendapat pujian orang ramai.

Lelaki berpakaian GrabFood itu yang kelihatan letih dihampiri individu berbaju hitam yang dirakam oleh adik perempuan mereka sendiri.

Walaupun si adik itu kelihatan tidak berpuas hati, dia masih membantu abangnya untuk membuat penghantaran makanan tersebut.

Menerusi hantaran TikTok milik Hanis (@Hanisx), dia memaklumkan dua lelaki tersebut adalah abangnya, abangnya yang lebih tua meminta tolong abang keduanya untuk menghantar makanan kepada pelanggan kerana dia sudah kepenatan.

“Sebenarnya dua-dua tu abang aku, si abang suruh si adik pergi hantar order pelanggan dekat kawasan tu sebab dia dah tak boleh jalan dah, si adik ni pun kerja Grabfood juga,” katanya.

Tindakannya itu mendapat pujian netizen kerana memikirkan jalan untuk menyelesaikan amanah walaupun dalam keadaan yang tidak bermaya.

“Dia tak fikir diri dia tapi masih fikirkan orang lain. Itu amanah bagi diri dia, semoga dipermudahkan segala urusannya,” komen netizen.

Ada netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan penghantar makanan berkenaan.

Baca juga Tanda Anwar bakal angkat sumpah?

Baca juga Kanak-kanak perempuan maut, dipercayai didera bapa tiri