Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tetapkan tarikh peralihan kuasa penting stabilkan komponen, pelabur, kerajaan

Tetapkan tarikh peralihan kuasa penting stabilkan komponen, pelabur, kerajaan

MALAYSIADATELINEFebruary 21, 2020 2:24 pm




Desakan supaya Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menetapkan tarikh khusus bagi pelan peralihan kuasa penting bagi menjaga kestabilan hubungan komponan PH, pelabur dan kerajaan memerintah.

Perkara itu diiputuskan dalam mesyuarat bulanan  Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan yang diadakan malam tadi.

” Pendirian Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan adalah berpaksikan kepada pertamanya untuk meenjaga kestabilan kerajaan dan negara
Berterusan membiarkan isu pelan peralihan kuasa akan menyebabkan ketidak stabilan dalam kerajaan, dimana pembangkang akan terus menggunakan isu ini yang seterusnya menghilangkan fokus kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan untuk membawa negara ke landasan yang betul.

“Keduanya memastikan kestabilan dalam kalangan gabungan komponen parti dalam Pakatan Harapan satu pelan peralihan kuasa yang jelas dapat menenangkan ahli-ahli dalam parti komponen Pakatan Harapan daripada terus bercakaran dan saling menyerang, seterusnya mengutuhkan lagi gabungan ini.

“Dan ketiganya meyakinkan pelabur untuk terus melabur di Malaysia Sebarang ketidak pastian dalam pelan peralihan kuasa akan menyebabkan pelabur luar kurang keyakinan untuk terus melabur dalam negara, seterusnya mampu memberi impak kepada persekitaran ekonomi negara,” ujar Ketua Pemuda AMANAH WP Asmaalif Abdul Rahman dalam kenyataannya hari ini.

Barisan kepimpinan Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau lai, Pemuda AMANAH WP juga menggesa pindaan terhadap Perlembagaan Pakatan Harapan dengan memaksimakan partisipasi komponen Pemuda Pakatan Harapan iaitu dengan menjadikan ketua pemuda dari setiap parti komponen adalah sebagai korum mesyuarat dalam membincangkan dan menentukan halatuju Pakatan Harapan pada masa akan datang.

Dijadualkan hari ini mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan diadakan malam ini, akan turut membincangkan mengenai isu peralihan kuasa Perdana Menteri ke-8.

Reaksi Ketua Umum PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu cenderung peralihan kuasa antara mereka berlaku sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November depan.

Namun ramai pihak berpandangan satu tarikh khusus peralihan kuasa perlu ditetapkan oleh Majlis Presiden PH.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production