TH langgar undang-undang jika bayar dividen di luar kemampuan

TH langgar undang-undang jika bayar dividen di luar kemampuan

Ketika Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berjanji untuk mengumumkan kadar dividen pendeposit Tabung Haji sebelum sambutan Tahun Baru Cina, seorang penggubal undang-undang mempersoalkan bagaimana dividen mampu dibayar jika rezab Tabung Haji lebih rendah dari liabilitinya.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dr Mujahid YusofKetika Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berjanji untuk mengumumkan kadar dividen pendeposit Tabung Haji sebelum sambutan Tahun Baru Cina, seorang penggubal undang-undang mempersoalkan bagaimana dividen mampu dibayar jika rezab Tabung Haji lebih rendah dari liabilitinya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof musykil dengan pengumuman dibuat Abdul Raheem memandangkan pulangan dividen sepatutnya dibuat berasaskan keuntungan syarikat.

“Bagaimana LTH dapat berbuat demikian jika ia membayar dividen lebih daripada untungnya (107 peratus purata sejak 2012-2014)?” soal beliau.

Tambah beliau, akibat daripada itu nilai rezab TH menjadi lebih rendah dari liabiliti (obligasinya) lalu menjejaskan pemberian dividen berdasarkan kepada Akta
Lembaga Tabung Haji seksyen 22(2)(i).

“Adakah Lembaga Pengarahnya akan melanggar undang-undang dengan Pengerusinya terus menjaminkan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang? Betulkan nilai aset rezabnya 98 sen berbanding RM1 nilai liabilitinya?” soal Mujahid.

Naib Presiden Amanah itu juga menggesa Abdul Azeez menjawab soalan-soalan dari surat Gabenor Bank Negara tentang kedudukan kewangan TH yang dikhuatiri menjejaskan pulangan dividen kepada pendeposit.

Beliau juga kesal kerana Pengerusi TH menggunakan kaedah menggugut ‘pembocor maklumat’ seolah-olah cuba mengalihkan isu sebenar yang berlaku atas risiko 9 juta pendepositnya dari kalangan umat Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan kenyataan Abdul Azeez bahawa TH akan menjawab segala dakwaan mengenai kedudukan kewangan dan pembayaran dividennya kepada pendeposit pada satu sidang media minggu depan.

Ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur, semalam, Abdul Azeez turut memberitahu bahawa pembayaran dividen TH akan diumumkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina.

TAGS