Malaysia Dateline

TH muktamadkan tanggung subsidi bagi semua jemaah haji muassasah tahun ini

Lembaga Tabung Haji (TH) akan kekal menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama temasuk yang membuat rayuan bagi menunaikan haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri  Dr Mujahid Yusof mengumumkan perkara itu hari ini, selepas dimaklumkan Lembaga Pengarah Tabung Haji membuat keputusan dalam mesyuarat diadakan hari ini.

“Bagi memastikan kebajikan melakukan ibadah haji dapat disempurnakan mengikut status kewangan Th yang kini melalui proses pemulihan.

“Satu kata putus telah dimuktamadkan hari ini, oleh Lembaga Pengarah TH iaitu Tabung haji akan kekal menanggung kos lebihan bagi jemaah haji muassah kali pertama termasuk yang membuat rayuan bagi menunaikan haji tahun ini.

“Ini bermakna tidak timbul lagi spekulasi orang yang merayu tidak dapat. Saya sebut dikalangan orang yang merayu dari kategori mahram, mengiring, umur lanjut, OKU,mualaf. Kesemua mereka mengikut keputusan dimuktamadkan akan terus mendapat subsidi yang ditanggung TH,” ujarnya dalam sidang media diadakan selepas merasmikan Konvensyen Pondok Kebangsaan di Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) Bangi hari ini.

Kata beliau keputusan Lembaga Pengarah TH itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk berdasarkan keupayaan dan kedudukan unjuran
kewangan TH bagi tahun 2019.

“Kita terpaksa menangung tambahan RM100juta lagi apabila kita meneruskan subsidi ini. Jika dulu RM300juta sekarang tangungan diserap tabung haji RM400juta, kerana jemaah hanya bayar RM9,980 selebihnya iaitu kos keseluruhan RM22,900 ditanggung TH.

“Unjuran kewangan 2019 memberi ruang kepada TH menyerap keseluruhan tanggungan subsidi kepada jemaah haji tahun ini,” jelasnya.

Ditanya mengenai dividen TH beliau berkata TH akan membuat pengumuman dividen pada pertengahan Mac berdasarkan kepada kewangan 2018.