TH umum bonus tahunan 5 peratus dan tambahan bonus haji 3 peratus

TH umum bonus tahunan 5 peratus dan tambahan bonus haji 3 peratus

 

 

 

 

 

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015 merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Datuk Seri Jamil Khir BaharomLembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015 merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.236 bilion, berbanding RM3.237 bilion pada tahun 2014.

Jumlah ini akan dimanfaatkan oleh hampir 8.85 juta akaun pendeposit TH yang aktif.

“Keuntungan bersih selepas zakat TH mencecah RM3.53 bilion berbanding RM2.98 bilion pada 2014 atau peningkatan sebanyak 19 peratus.

“Ia adalah pendapatan dan keuntungan tertinggi sejak 52 tahun TH beroperasi,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan TH hari ini.

Sejak Januari lalu TH mendapat tekanan daripada pelbagai pihak  ekoran tersebarnya maklumat Bank Negara yang mengatakan paras rizab TH negatif dan tidak akan dapat membayar kepada pencarum sebarang dividen tahun ini, jika TH tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini.

Lantas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 26 Januari berkata, TH akan mengumumkan bonus pada awal Februari 2016 setelah melalui proses-proses dalaman dan auditan interim seperti lazimnya setiap tahun.

Namun Jamil Khir ketika memberi respon kepada pengumuman itu memberitahu (TH) akan merangka draf pengumuman pembayaran dividen selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Audit Negara.

Semalam  TH mengumumkan mampu untuk membuat pembayaran dividen kepada pendepositnya berdasarkan semakan Jabatan Audit Negara terhadap penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan maklumat interim yang diterima.

Satu kenyataan daripada Ketua Audit Negara menyebut Ahli Lembaga Pengarah TH bertanggungjawab menetapkan kadar dividen TH tahun 2015.

TAGS