TH usah berdolak dalik mengenai rizab kewangan sedia ada

TH usah berdolak dalik mengenai rizab kewangan sedia ada

Lembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu berdolak dalik mengenai rizab kewangan institusi umat Islam itu yang kini berada dalam keadaan kritikal dengan mengeluarkan kenyataan untuk menenangkan 9 juta pendeposit dan pemegang sahamnya, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof RawaLembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu berdolak dalik mengenai rizab kewangan institusi umat Islam itu yang kini berada dalam keadaan kritikal dengan mengeluarkan kenyataan untuk menenangkan 9 juta pendeposit dan pemegang sahamnya, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

 Beliau berkata dengan aset yang dinilai lebih rendah 98sen berbanding libiliti yang lebih tinggi RM1 jelas menunjukkan TH tidak akan dapat membayar dividen dan bonus seperti kebiasaan dilakukan tahun-tahun sebelum itu.

“Jika TH kata prestasi kewangan berada dalam keadaan baik disokong aset yang kukuh sebanyak RM10.7 bilion pada 31 Disember 2015, sebaliknya daripada jumlah itu TH perlu kenalpasti berapa peratus adalah pendeposit dan berapa peratus pula syarikat-syarikat GLC.

“ Kalaulah sekiranya 75 peratus saiz pendeposit hanya 5 peratus datang daripada syarikat GLC selebihnya pula adalah duit simpanan makcik dan pakcik yang menyimpan hanya untuk menunaikan haji.

“Jika aset serendah 98sen berbanding RM1 libiliti, saya berkeyakinan deviden syarikat GLC ini juga akan menurun. TH nak cari duit dari mana pula untuk bayar keuntungan syarikat GLC yang turut sama terbabit.

“Selain pendeposit besar kemungkin syarikat GLC juga akan menarik balik saham mereka.

“Jika situasi ini berlaku akan melumpuhkan institusi kewangan negara yang kini sedang berada pada tahap membimbangkan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu,” jelasnya kepada Malaysia Dateline.

Pada Selasa lalu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail dipetik sebagai berkata, penilaian Bank Negara itu tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka.

Tambah Ahli Parlimen Parit Buntar ini lagi, TH perlu menjelaskan isu ini dengan betul dan tepat kesan kepada 9 juta pendeposit dan pelaburnya.

“Jika isu ini tidak dijawab dengan betul dan tepat oleh TH hanya mengeluarkan kenyataan untuk `sedapkan telinga dan hati’ sedangkan TH jangan terlupa di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955.

“Di bawah akta ini, TH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada obligasinya. Jadi mahu cari duit di mana untuk bayar dividen dan bonus? Sudah pasti kerajaan terpaksa menanggungnya.

“TH ini adalah institusi kewangan umat Islam yang mana dijamin kerajaan. Sekiranya berlaku ketirisan atau kerugian kerajaan terpaksa menanggung beban di atas keputusan ahli-ahli lembaga pengarahnya yang merugikan TH.

“TH membayar dividen lebih pada kadar 107 peratus daripada rizab sedia ada pada 2012-2014 kesannya pada 2015 asetnya lebih rendah berbanding libiliti,” ujarnya.

Sebagai rekod Bank Negara telah menghantar surat kepada Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada 23 Disember lalu, memberi amaran rizab TH pada paras negatif.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar berkata TH tidak akan dapat membayar dividen kepada 9 juta pendeposit tahun ini, kerana nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap RM1 nilai liabiliti, jika tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara itu.

Namun dinafikan oleh Ismee yang berkata, penilaian Bank Negara itu tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka.

Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, Ismee berkata nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira semua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengatakan TH masih menunggu kelulusan Ketua Audit Negara berhubung pengumuman pembayaran dividen kepada pendepositnya yang mana TH akan merangka draf pengumuman pembayaran dividen selepas mendapat kelulusan itu.

TAGS