Malaysia Dateline

Thailand umum 4 dan 5 November cuti umum sempena Sidang Kemuncak Asean

Kabinet mengumumkan 4 dan 5 November sebagai cuti khas di Bangkok dan Nonthaburi sempena Thailand menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan sidang kemuncak berkaitan, bermula 31 Oktober hinga 4 November, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Timbalan jurucakap di Pejabat Perdana Menteri, Trisulee Trisaranakul, cuti khas dua hari itu dicadangkan Kementerian Luar Negeri bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas selain untuk melancarkan penyediaan aspek keselamatan kepada pemimpin Asean.

Sidang kemuncak akan berlangsung di IMPACT Muang Thong Thani di wilayah Nonthaburi, dekat dengan Bangkok. Di anggarkan 3,000 peserta dijangka menghadiri sidang kemuncak kali ini.

Berhubung perusahan di negeri, institusi kewangan dan syarikat swasta, beliau berkata Kabinet akan memutuskan sama ada semua agensi di bawah Bank of Thailand, Kementerian Buruh dan setiap perusahaan di negeri akan turut bercuti pada tarikh berkenaan.

Unit tertentu yang menyediakan perkhidmatan untuk orang awam mungkin akan dibuka bagi mengelakkan masalah kepada orang ramai.– BERNAMA