Walaupun sudah bercerai, ia tidak menghalang pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri Noor Nabila untuk membesarkan anak bersama.
Kelihatan Sharnaaz turut menghantar anaknya Jebat Jayden ke Tanah Suci Makkah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Selamat menunaikan umrah anak baba. Permata baba, buah hati baba, best friend baba. Nyawa baba @jebatjayden. I miss my boy now.
“Thank you mummy @noornabila bawak jebat ke Tanah Suci. Semoga bertambah rezeki aminnn,” ujarnya di ruangan kapsyen Instagram.
Rata-rata peminat suka melihat hubungan Sharnaaz dan Nabila yang tidak goyah selepas bercerai.
Hormat betul dekat Mamu dengan Nabila ni, demi anak mereka tak masam muka malah berkawan baik demi anak. Anda terbaik,” komen pengguna Instagram.
“Satu yang saya suka mengenai Mamu, dia selalu nasihat Jebat untuk hormat mummy dia, puji mummy dia.
“Bagus Mamu, ada sesetengah ibu bapa bercerai, ajar anak yang tak baik,” ujar @puannooraan.
Baca juga: Tampar orang sesuka hati dalam LRT, wanita kurang siuman ditahan polis