The Malaysian Insight kembali 28 Mei

TMI akan kembali menawarkan sumber maklumat untuk rakyat Malaysia.

Selepas berehat selama dua bulan, portal berita The Malaysian Insight (TMI) akan kembali 28 Mei ini, selepas selesai pilihan raya umum ke 14.

Pengarangnya Jahabar Sadiq dalam satu posting di Facebooknya memaparkan satu poster bahawa portal berita itu akan kembali 28 Mei ini.

“KEMBALI 28 Mei 2018,” bunyi poster di laman Jahabar hari ini.

29 Mac lalu, The Malaysian Insight memaparkan berita terakhirnya yang ditulis oleh Jahabar sendiri, PRU14 pada pertengahan minggu.

Dan terbukti, jangkaan Jahabar itu tepat apabila hari mengundi PRU jatuh pada pertengahan minggu iaitu hari Rabu 9 Mei 2018.

PRU 14 mencipta sejarah apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan, mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang sudah 62 tahun memerintah negara ini.

Walaupun TMI tidak ada sepanjang dua bulan PRU 14 berlangsung, namun kesemua karyawannya bertugas membuat liputan PRU 14 melalui laman aplikasi berita Malaysia Decides.

 

5.0
OVERALL SCORE
: 5.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS