The Star siarkan penjelasan, penyesalan

The Star membuat penjelasan kekeliruan berita mengenai khalwat.

 

Akhbar The Star hari ini menyiarkan kenyataan penyesalan di atas laporan akhbar itu sehingga mengelirukan orang ramai terhadap isu khalwat.

Dalam laporan bertajuk “The Star clarifies Mujahid interview on khalwat raids” hari ini berkata, ayat-ayat awal yang dilaporkan oleh akhbar itu mengenainya bukan dari Mujahid.

Ayat pertama laporan itu:

No more knocks on the doors in the middle of the night and no more breaking down of doors by religious authorities investigation reports of khalwat or others wrongdoings.

(Tidak ada lagi ketukan pintu pada tengah malam dan tidak ada lagi tindakan memecahkan pintu oleh pihak berkuasa agama dalam siasatan khalwat atau salah laku).

“Kami ingin jelaskan ayat itu bukan dinyatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusow Rawa dan bukan petikan dari kata-katanya,” jelas The Star.

Dalam laporan itu, The Star berkata, “Kami kesal dengan salah faham yang timbul dari laporan itu.”

Laporan muka depan akhbar The Star sebelum ini telah menimbulkan salah faham masyarakat terhadap Mujahid.

Ada yang mendakwa Mujahid mahu menghalalkan orang bersekedudukan, zina atau sebarang salah laku yang dibuat di rumah masing-masing.

Ekoran itu, Setiausaha Akhbar Mujahid Zulaikha Zulkifli mengeluarkan kenyataan agar The Star memperbetulkan perkara itu segera atau tindakan akan diambil terhadap akhbar itu.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS