THM pecah angka seratus juta ringgit

Kutipan THM melepasi angka seratus juta hari ini.

Tabung Harapan Malaysia (THM) mencecah nilai ratusan juta hari ini apabila nilai yang berjaya dikumpulkan adalah RM108,215,946 hari ini.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini, sehingga jam 3 petang 25 Jun, THB melangkaui pungutan seratus juta hari ini.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Selain itu, penubuhan tabung itu membolehkan kementerian berkenaan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat dengan cara lebih sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada tabung itu akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES