Malaysia Dateline

Tiada air, punca kebakaran 6 buah rumah di Berek 12 Kota Bharu sukar dikawal, dakwa penduduk

Kebakaran yang terjadi di Berek 12 Kota Bharu Kelantan di awal pagi semalam telah memusnahkan enam buah rumah kerana api tidak dapat dikawal berpunca dari bekalan air yang tiada, dakwa penduduk.

Difahamkan kawasan Berek 12 yang berada ditengah-tengah bandar Kota Bharu sudah 11 hari tidak ada bekalan air ditambah pula berlakunya kebakaran sudah tentu ia menyukarkan pihak bomba memadam api.

Seorang penduduk di kawasan terbabit Encik Ahmad melalui Facebooknya menceritakan bagaimana pihak bomba bertungkus lumus memadam api yang sedang marak.

Menurut Ahmad dek kerana tiada air pihak bomba dikatakan terpaksa bawa lori air untuk padam kebakaran.

En Ahmad menceritakan detik-detik cemas kebakaran yang awalnya hanya sebuah rumah akhirnya merebak kepada enam buah rumah.

Tiada air, punca kebakaran 6 buah rumah di Berek 12 Kota Bharu sukar dikawal , dakwa penduduk
Sedih: Menjelang Aidilfitri rumah pula musnah dijilat api

“Kebakaran yang berlaku di depan rumah. Kawasan depan rumah hangus terbakar. Kejadian berlaku pada pukul 9:45 pagi, mulanya hanya satu rumah akhirnya merebak ke kawasan sekitar. Aku call bomba dan mereka tiba dalam 15 min selepas itu.

“Aku dalam hati macam manalah bomba nak padam api dengan ketiadaan air di kawasan Berek 12 ini. Akhirnya betul tekaan aku, air memang tidak ada. Di paip bomba pun tidak ada air. Bomba terpaksa bawa lori air untuk padam kebakaran.

“Begitulah kami ini rakyat Kelantan. Rumah aku sendiri sudah 11 hari tidak ada air. Akhirnya terpaksa buat paip sendiri upah kontraktor untuk buat paip baru. Sebab saluran paip lama sudak tidak boleh guna. Semua ini kerja Air Kelantan Official tapi begitulah rakyat tidak diendahkan. Mengadulah macamana pun mereka hanya akan jawab tak ada air.

“Kali ini rumah terbakar. Kalaulah air ada mungkin banyak rumah dapat diselamatkan. Ini sebanyak 6 rumah terbakar. Rentung terus tak ada tinggal apa pun. Sekarang waktu aku post ini jam 11:43 pagi masih ada api-api kecil yang tak dapat dipadamkan. Sebab air tangki air bomba sudah habis.

“Begitulah teruknya keadaan air di Kelantan ini. Bila berlaku bencana macam ini memang amat terasa. Air dikawasan rumah aku, kebanyakan jiran aku tanya semua cakap tidak ada air.

“Gila memang gila benda kritikal seperti ini pihak pemerintah tak dapat nak laksanakan. Air Kelantan Sdn Bhd pun seperti kebal sebab tuan pemerintah pun tak takut akan rakyat. Apa masalah rakyat terutama sekali air tak dapat di bendung lagi. Dah berpuluh-puluh tahun. Tunggul kayu semua. Duduk dalam kerajaan pusat pun tak boleh bantu rakyat.

Musnah keseluruhannya dalam kebakaran awal pagi semalam

“Sampai bila kami rakyat Kelantan terpaksa hadap masalah air ini? Bila berlaku kebakaran besar begini yang sengsaranya rakyat. Nasib baiklah tiada kemalangan jiwa,” tulis Encik Ahmad.

Enam buah rumah musnah dijilat api dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada mercun bola.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.35 pagi itu, keseluruhan enam rumah musnah manakala empat lagi kediaman terbakar hampir 20 peratus.

Baca juga: Orang ramai nasihatkan Muda fokus gesa banteras seludup dadah, korupsi