Tiada arahan sekolah derma kepada Tabung Harapan, Dr Maszlee Malik

Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik menafikan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah-sekolah khususnya di negeri Kelantan untuk memberikan sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagaimana yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan hari ini, hasil siasatan yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati tindakan itu adalah inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang melaksanakan kempen kutipan Tabung Harapan di sekolah-sekolah jajahan negeri Kelantan.

Walau bagaimanapun, pelancaran kempen kutipan tabung berkenaan telah dibatalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Terdahulu, tersebarnya satu surat arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang memaklumkan pelancaran dan pelaksanaan THM peringkat negeri Kelantan yang dijadual esok.

Surat berkenaan menyebut, pihak sekolah dialu-alukan untuk turut menderma sebagai tanda sokongan dan kecintaan kepada negara.

Pada masa sama, surat berkenaan turut menyatakan dua nombor akaun untuk menyumbang iaitu satu untuk sekolah menengah dan satu untuk sekolah rendah.

THM telah dilancarkan pada awal Jun lalu dan jumlah terkini kutipan sehingga 5 Julai berjumlah RM140,430,050.76.

COMMENTS

Wordpress (0)